CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 26 November 2011

Mari adik-adik menyanyi dan mengenal nombor bersama cikgu...............

KAD NOMBOR 1-10

KAD NOMBOR 1-10

Saturday 19 November 2011

Aktiviti Pemulihan

Bagi murid saya yang masih belum menguasai kemahiran membilang . Saya telah melaksanakan aktiviti pemulihan, aktiviti pemulihan perlu diberikan agar murid tidak ketinggalan mengenai nombor yang kecil Contoh aktiviti pemulihan seperti mewarna nombor berpandukan objek ataupun gambar. Contoh lemabaran kerja yang boleh diberikan kepada murid ialah:

                                     murid-murid begitu tekun mewarna gambar mengikut nombor.





Memperkukuhkan pemahaman murid

Saya juga mengajak murid untuk menyanyi  lagu nombor 1-10 dengan menggunakan cd lagu 10 little Indians boy. Selain daripada murid saya akan berasa seronok kerana bejajar sambil menyanyi , murid saya juga akan lebih faham mengenai mengenai nombor tersebut. Sebagai seorang guru mengejar di kelas prasekolah, adalah penting untuk guru mempelbagaikan aktiviti aktiviti dan penggunaan BBM untuk menarik perhatian dan memberi penjelasaan kepada murid. Ini adalah untuk memantapkan lagi prosese pengajaran dan pembelajaran guru.

            Lirik lagu 10 Little Indians
     
    One little, two little, three little Indians
    Four little, five little, six little Indians
    Seven little, eight little, nine little Indians
    Ten little Indian boys.

    Ten little, nine little, eight little Indians
    Seven little, six little, five little Indians
    Four little, three little, two little Indians
    One little Indian boy.[1]


Pengukuhan

Bagi murid yang sudah menguasai nombor 1-10 perlu diberi latihan bertulis seperti suai padan antara nombor dengan nilainya.


 
Murid-murid sedang melakukan aktiviti pengukuhan menulis nombor berdasarkan bilangan objek. Contoh lembaran kerja :-













Teknik memperkenalkan nombor 1-5

Sebagai guru prasekolah, cara saya menyampaikan  pengajaran adalah berbeza daripada murid tahap satu dan dua. Saya akan memperkenalkan nombor yang kecil terlebih dahulu dan pastikan murid betul-betul menguasai kemahiran membilang 1-5 serta tahu tahu nilai bagi  nombor tersebut. Saya juga telah memperbanyakkan latih tubi sebutan  secara menaik iaitu1-5 dan secara menurun 5-1 agar murid dapat mengingatinya. Ini penting kerana murid prasekolah biasanya mudah lupa. Selain itu, saya juga akan meminta murid membilang objek di dalam bilik darjah seperti membilang lampu, kipas,meja guru dan lain-lain yang sesuai.  Selain itu, saya  akan meminta murid membilang jari secara menaik dan menurun.Setelah semua murid menguasai kemahiran membilang nombor 1-5, barulah  saya beralih kepada nombor  yang lebih  besar iaitu 6-10.



 Murid saya Suziana sedang melakukan aktiviti membilang menggunakan jari, dia membilang nombor 2 dengan menunjukkan 2 jari,manakalah Hakimi pula sedang membilang kipas yang ada di dalam kelas.


 Teknik membilang 6-10
 Seterusnya saya akan  menyuruh murid membilang nombor 6-10 secara menaik dan menurun. Disini  saya telah gunakan kad nombor  iaitu dengan mempamerkan kad nombor  tersebut secara satu persatu dan murid menyebut secara kumpulan dan individu.  Saya juga meminta murid melekatkan  kad nombor 6-10 di papan putih dan minta murid menyebut nombor tersebut secara menaik dan menurun. Selain itu, saya telah  membuat latih tubi sebutan secara menaik dan menurun berpandukan nombor yang dipamerkan agar murid dapat mengingatinya. Saya juga telah mempamerkan kad nombor secara rawak  dan minta murid menyebutnya secara individu. Ini adalah untuk menilai kefahaman murid.Contoh kad nombor yang saya gunakan ialah seperti dibawah,guru-guru atau ibu bapa yang berminat boleh save dan print sahaja gambar dibawah.Just klik pada gambar.






kad nombor yang berwarna dan menarik akan meningkatkan minat anak-anak murid untuk belajar mengenal dan mengingat bilangan nombor.
 

PENGENALAN AWAL MATEMATIK
Awal matematik membekalkan pengalaman awal matematik kepada murid Prasekolah . pengalaman ini termasuk konsep pranombor,nombor,operasi nombor yang mudah,nilai wang dan konsep waktu. Konsep Matematik ini dipelajari pada masa yang khas dan juga disepadukan ke dalam semua aktiviti pembelajaran bertema menggunakan kaedah yang menyeronokkan.
Membilang nombor 1-10 merupakan pengenalan awal murid prasekolah kepada subjek matematik. Murid Prasekolah ditekankan dengan kebolehan atau kemahiran membilang dari nombor 1-10 sebelum murid diperkenalkan dengan nombor-nombor yang lebih besar. Membilang nombor 1-10 juga adalah salah satu kemahiran untuk murid mengetahui nilai nombor. Murid juga akan belajar untuk membilang secara menaik iaitu dari 1 hingga 10 dan membilang secara menurun 10-1.

Tuesday 25 October 2011

konsep operasi tolak bagi murid prasekolah

PENGENALAN    
Bagi kanak-kanak adalah amat sukar bagi memahami konsep penolakan dalam matematik.  Dalam matapelajaran Matematik, selain dari mengenal nombor kanak-kanak perlu  diberi kefahaman instrument, kefahaman relasional, dan kefahaman logik. Bloom (1989) telah menyeraikan 3 jenis tingkah laku pemahaman iaitu terjemahan, pentaksiran, dan ekstrapolasi. Sebagai seorang guru, kita harus memahami kesemua perkara tersebut bagi memudahkan guru memahami murid-murid dalam merancang pengajaran yang berkesan dalam membentuk konsep penolakan.
            Kanak-kanak perlu diajar untuk memahami konsep sesuatu operasi  bukan dengan menghafal sesuatu konsep. Bagi kanak-kanak yang hanya menghafal  akan melakukan kesilapan dalam mencari beza sesuatu nilai. Sebagai contoh beza nilai 3 dan 5, kanak-kanak yang menghafal kemungkinan besar akan melakukan penolakan “3-5” sedangkan kanak-kanak yang memahami konsep penolakan memahami bahawa nilai kecil tidak dapat menolak nilai yang besar.  Terdapat juga murid yang keliru dengan konsep tukar tertib iatu  ‘ 5 + 2 = 2 + 5 ‘ dianggap ‘ 5 – 2 ‘ juga adalam  ‘ 2 – 5 ‘.
            Dalam mengajar operasi tolak dalam Matematik, terdapat banyak teknik. Startegi dan pendekatan yang dapat menarik minat murid dalam menguasai konsep penolakan. Dalam tugasan ini saya menjelaskan 3 teknik yang dapat membantu murid dalam menguasai kemahiran penolakaan. Antara 3 teknik yang saya ketengahkan ialah;
 Penolakan menggunakan gambar rajah.
 Penolakan secara manipulatif
 Penolakan menggunakan garis nombor dan pengiraan menurun.