CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 25 October 2011

konsep operasi tolak bagi murid prasekolah

PENGENALAN    
Bagi kanak-kanak adalah amat sukar bagi memahami konsep penolakan dalam matematik.  Dalam matapelajaran Matematik, selain dari mengenal nombor kanak-kanak perlu  diberi kefahaman instrument, kefahaman relasional, dan kefahaman logik. Bloom (1989) telah menyeraikan 3 jenis tingkah laku pemahaman iaitu terjemahan, pentaksiran, dan ekstrapolasi. Sebagai seorang guru, kita harus memahami kesemua perkara tersebut bagi memudahkan guru memahami murid-murid dalam merancang pengajaran yang berkesan dalam membentuk konsep penolakan.
            Kanak-kanak perlu diajar untuk memahami konsep sesuatu operasi  bukan dengan menghafal sesuatu konsep. Bagi kanak-kanak yang hanya menghafal  akan melakukan kesilapan dalam mencari beza sesuatu nilai. Sebagai contoh beza nilai 3 dan 5, kanak-kanak yang menghafal kemungkinan besar akan melakukan penolakan “3-5” sedangkan kanak-kanak yang memahami konsep penolakan memahami bahawa nilai kecil tidak dapat menolak nilai yang besar.  Terdapat juga murid yang keliru dengan konsep tukar tertib iatu  ‘ 5 + 2 = 2 + 5 ‘ dianggap ‘ 5 – 2 ‘ juga adalam  ‘ 2 – 5 ‘.
            Dalam mengajar operasi tolak dalam Matematik, terdapat banyak teknik. Startegi dan pendekatan yang dapat menarik minat murid dalam menguasai konsep penolakan. Dalam tugasan ini saya menjelaskan 3 teknik yang dapat membantu murid dalam menguasai kemahiran penolakaan. Antara 3 teknik yang saya ketengahkan ialah;
 Penolakan menggunakan gambar rajah.
 Penolakan secara manipulatif
 Penolakan menggunakan garis nombor dan pengiraan menurun.

0 comments:

Post a Comment