CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 19 November 2011

Teknik memperkenalkan nombor 1-5

Sebagai guru prasekolah, cara saya menyampaikan  pengajaran adalah berbeza daripada murid tahap satu dan dua. Saya akan memperkenalkan nombor yang kecil terlebih dahulu dan pastikan murid betul-betul menguasai kemahiran membilang 1-5 serta tahu tahu nilai bagi  nombor tersebut. Saya juga telah memperbanyakkan latih tubi sebutan  secara menaik iaitu1-5 dan secara menurun 5-1 agar murid dapat mengingatinya. Ini penting kerana murid prasekolah biasanya mudah lupa. Selain itu, saya juga akan meminta murid membilang objek di dalam bilik darjah seperti membilang lampu, kipas,meja guru dan lain-lain yang sesuai.  Selain itu, saya  akan meminta murid membilang jari secara menaik dan menurun.Setelah semua murid menguasai kemahiran membilang nombor 1-5, barulah  saya beralih kepada nombor  yang lebih  besar iaitu 6-10.



 Murid saya Suziana sedang melakukan aktiviti membilang menggunakan jari, dia membilang nombor 2 dengan menunjukkan 2 jari,manakalah Hakimi pula sedang membilang kipas yang ada di dalam kelas.


 Teknik membilang 6-10
 Seterusnya saya akan  menyuruh murid membilang nombor 6-10 secara menaik dan menurun. Disini  saya telah gunakan kad nombor  iaitu dengan mempamerkan kad nombor  tersebut secara satu persatu dan murid menyebut secara kumpulan dan individu.  Saya juga meminta murid melekatkan  kad nombor 6-10 di papan putih dan minta murid menyebut nombor tersebut secara menaik dan menurun. Selain itu, saya telah  membuat latih tubi sebutan secara menaik dan menurun berpandukan nombor yang dipamerkan agar murid dapat mengingatinya. Saya juga telah mempamerkan kad nombor secara rawak  dan minta murid menyebutnya secara individu. Ini adalah untuk menilai kefahaman murid.Contoh kad nombor yang saya gunakan ialah seperti dibawah,guru-guru atau ibu bapa yang berminat boleh save dan print sahaja gambar dibawah.Just klik pada gambar.






kad nombor yang berwarna dan menarik akan meningkatkan minat anak-anak murid untuk belajar mengenal dan mengingat bilangan nombor.
 

0 comments:

Post a Comment