CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 19 November 2011


PENGENALAN AWAL MATEMATIK
Awal matematik membekalkan pengalaman awal matematik kepada murid Prasekolah . pengalaman ini termasuk konsep pranombor,nombor,operasi nombor yang mudah,nilai wang dan konsep waktu. Konsep Matematik ini dipelajari pada masa yang khas dan juga disepadukan ke dalam semua aktiviti pembelajaran bertema menggunakan kaedah yang menyeronokkan.
Membilang nombor 1-10 merupakan pengenalan awal murid prasekolah kepada subjek matematik. Murid Prasekolah ditekankan dengan kebolehan atau kemahiran membilang dari nombor 1-10 sebelum murid diperkenalkan dengan nombor-nombor yang lebih besar. Membilang nombor 1-10 juga adalah salah satu kemahiran untuk murid mengetahui nilai nombor. Murid juga akan belajar untuk membilang secara menaik iaitu dari 1 hingga 10 dan membilang secara menurun 10-1.

0 comments:

Post a Comment